Kesalahan umum Kata_seru

1. Kesalahan menggunakan kata seru yang salah atau tidak menggambarkan perasaan yang dinyatakan.Contoh:

(a) (i) Wahai, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (SALAH)

(ii) Wah, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (BETUL)

(b) (i) Cis, sakit sungguh jariku ini! (SALAH)

(ii) Aduh, sakit sungguh jariku ini! (BETUL)

Ayat (a)(i) dan (b)(i) salah kerana tidak menggunakan kata seru yang betul. Gunakan kata seru berdasarkan gambaran perasaan yang dinyatakan dalam ayat tersebut.

2. Kesalahan meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat.Contoh:

(a) (i) Nah! ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku. (SALAH)

(ii) Nah, ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku! (BETUL)

(b) (i) Wah! bergaya benar dia hari ini. (SALAH)

(ii) Wah, bergaya benar dia hari ini! (BETUL)

Ayat (a)(i) dan (b)(i) salah kerana meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat seru. Untuk semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di akhir ayat seru.